Saturday, June 27, 2009

PERKHEMAHAN PERDANA SMKBG 2009



25-27 JUN - Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SMKBG 2009 meneruskan acara tradisi ini pada setiap tahun.Sepanjang 7 tahun saya bertugas di SMKBG menyaksikan 3 tapak perkhemahan digunakan.Alhamdullillah tahun 2009 mencatat sejarah baru bagi SMKBG setelah lawatan Ketua Sektor Akademik JPNT, Tn Hj Salleh bin Busu yang sudi ke perasmian perkhemahan berkesempatan meninjau kawasan tapak perkhemahan dan beliau bersetuju untuk mencadangkan tapak perkhemahan SMKBG sebagai tapak perkhemahan utama bagi daerah Kuala Terengganu.


En Hasran Abu Bakar sebagai Kem Komandan dengan kerjasama semua AJK telah berjaya mengendalikan perkhemahan dengan baik.Seramai 175 pelajar daripada unit beruniform PBSM,Kadet Bomba,KRS,Pengakap dan Ranjer Puteri terlibat. Antara aktiviti utama seperti riadah,sukaneka,qiamulail,malam kebudayaan bertema Islamik dan khemah terbaik.Acara perasmian penutup telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran Pn Hjh Engku Mariah bt Syed Ahmad al-Idrus dan diikuti upacara menyerahkan bendera serta bacaan doa oleh Ustaz Azami Jusoh.Acara bersalaman antara pelajar dengan guru mengakhiri perkhemahan ini.Tahniah kepada semua guru dan peserta yang menjayakan perkhemahan ini. Jumpa lagi 2010 janji pasti lebih hebat.










* aksi-aksi yang sempat dirakamkan oleh gpm,ha ha















Monday, June 22, 2009

KEM ELIT SPM DAN PMR 2009

Kem Elit pelajar SPM dan PMR diadakan serentak selama 3 hari 2 malam pada 18-21 Jun 2009.Kali ini diadakan secara dalaman walau bagaimanapun pengisiannya tetap terbaik berkat kerjasama kalangan guru SMKBG.Pengisian kerohanian diberi pada malam pertama melalui solat berjemaah yang diimamkan oleh Tn Pengetua sendiri,bacaan surah Yasin dan diikuti slot motivasi oleh Cikgu "Ayah We" dengan vokal sengaunya menggamatkan peserta. Pada sebelah awal pagi peserta dibangkitkan untuk aktiviti Qiamullail,alhamdullillah.



Hari kedua dan ketiga diteruskan dengan aktiviti riadah di sebelah awal pagi sebelum bermulanya kem kecemerlangan akademik.Fasilitator yang dijemput.
terdiri daripada guru-guru berpengalaman mengikut subjek pilihan untuk memantapkan pemahaman peserta.
Semoga pencapaian tahun 2009 terbaik itulah doa dan harapan kami warga pendidik SMKBG.

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SIRI 2


































20 JUN 2009
- Warga guru dan staf sokongan selamat menjalani KUDAP siri ke-2 yang diadakan di Dewan Terbuka SMKBG.
Dua penceramah jemputan diundang untuk menyampaikan input berguna untuk pengetahuan dan pemahaman kepada semua guru dan staf.Slot pertama disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Islam dan Kontemporari UDM,iaitu Dr Basri Ibrahim dengan penyampaian yang cukup menarik. Slot kedua pula disampaikan oleh Tn Hj Wan Mohamad Wan Ismail Pegawai Pelajaran Daerah K.Trg. menyampaikan satu kertas kerja kajian pendidikan. Semoga Kudap kedua memantapkan lagi sahsiah sebagai pendidik dan penjawat awam.Terima kasih kepada pengurusan sekolah dan AJK yang terlibat.Semoga mendapat keberkatan.


Monday, June 1, 2009

GPM,GURU DAN PENGAWAS PSS KE PROGRAM JOM GI UMT



































29-31 MEI 2009- Selama tiga hari guru-guru pusat sumber sekolah sekitar Kuala Terengganu bersama dua orang pengawas PSS setiap sekolah terpilih menyertai Program Komuniti "Jom Gi UMT" anjuran Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah,Universiti Malaysia Terengganu, berkampung di sini.Pelbagai aktiviti berkaitan pengurusan maklumat dan perpustakaan didedahkan kepada semua peserta.Menjadi harapan semua agar input yang diperolehi dapat dimanfaaatkan di pusat sumber masing-masing.SMKBG juga menghantar beberapa orang guru,terima kasih Cikgu Rahimas,Cikgu Norsila,Cikgu Azimah,Cikgu Fauziah dan Ustazah Fatimah Muda dan dua pelajar kami Nurzatul Izati Hashim dan Fatimah Thoyibbah Ilias.Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru dari sekolah-sekolah lain,semoga ketemu lagi di lain program dan tak lupa buat penganjur UMT dan staf Perpustakaan Sultnah Nur Zahirah yang sporting mesra ,Syabas!!!