Thursday, August 27, 2009

KEMPEN DERMA DARAH WARGA SMKBG SEMPENA BULAN MEMBACA 2009



13 JULAI 2009- PSS SMKBG dengan kerjasama Unit Kesihatan SMKBG berjaya mengadakan kempen derma darah untuk tabung Bank Darah Hospital Sultanah NurZahirah Kuala Terengganu.Program yang julung-julung kali diadakan ini telah dirancang lebih awal bagi mengisi aktiviti sambutan Bulan Membaca.Setiausaha program Pn Rahimas Sidi Ali memaklumkan kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga SMKBG termasuk guru,staf pejabat,para pelajar malahan penjaga pelajar. Seramai 42 orang dapat menderma pada hari tersebut manakala sebahagian besar gagal melepasi saringan.(boleh simpan untuk tahun depan he..he..).Semoga aktiviti kebajikan ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.Terima kasih kepada semua ajk pss dan Unit Kesihatan yang terlibat,tak lupa juga pihak pengurusan sekolah.



Aksi penderma yang sempat dirakam (nak menderma ke nak bergaya..waallahuaklam)

SAMBUTAN HARI KOPERASI SMKBG 2009



KHAMIS 25 JUN2009 - Sekali lagi Koperasi Sekolah SMKBG mengadakan Sambutan Hari Koperasi.Acara pada pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Selamat Sultan dan lagu Koperasi Malaysia.Seterusnya ucapan alu-aluan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Pengarah Koperasi dibacakan oleh guru-guru ajk koop smkbg.Pengetua SMKBG Tuan Hj Wan Said bin Wan Salleh bermurah hati untuk merasmikan majlis sambutan Hari Koperasi.Antara acara yang diadakan seperti soalan kuiz dan penyampaian hadiah kepada para pemenang kategori guru dan pelajar.Semoga Koperasi SMKBG bertambah maju dan produktif.Terima kasih dan syabas kepadaCikgu Abdul Rani Chik dan Cikgu Hajah Rosnida.