Thursday, September 3, 2009

Sambutan Ambang Kemerdekaan 1MALAYSIA

AHAD 30 OGOS 2009- Sambutan ambang merdeka kali ke-52 ini disambut oleh semua warga SMKBG dalam keadaan sederhana( kerana wabak H1N1) tetapi penuh semangat tanda keprihatinan warga sekolah tentang pentingnya menghargai kemerdekaan negara dan makna pengisian kemerdekaan. Amanat Tuan Pengetua erti kemerdekaan itu ialah apabila" kita dapat meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya". Acara pada pagi tersebut seperti bacaan doa selamat dan diperdengarkan nyanyian lagu-lagu patriotik.Acara tersebut diakhiri dengan Tuan Pengetua melepaskan dua ekor burung merpati putih ke udara. Semoga negara kita kekal merdeka dan rakyatnya teguh bersatu. Salam Merdeka buat semua.