Wednesday, March 17, 2010

MAJLIS WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH SESI 2010






9 MAC 2010- Majlis pemberian watikah bagi pengawas SMKBG telah berjaya dilangsungkan dalam suasana sederhana tetapi cukup bermakna kepada warga SMKBG.Ketua Guru Pengawas Pn Norhalizan Isa memaklumkan seramai 50 pengawas telah menerima watikah pada majlis tersebut.Selepas selesai pemberian watikah,ikrar pengawas telah dibacakan oleh Ketua Pengawas iaitu Mohd Shahrunizam Mohd Shafie.Norsyakirah Mohammad pula dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengawas yang dilantik dan menaruh kepercayaan tinggi agar dapat menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam membantu misi sekolah meninggikan tahap kesedaran disiplin dalam kalangan pelajar.Kepada pengawas yang dilantik tahniah dan syabas! Semoga menjadi suri teladan kepada semua pelajar.



Friday, March 12, 2010

PROGRAM MINGGU KESIHATAN DAN RAWATAN 2010

07 - 11 MAC 2010 - Program anjuran Unit Kesihatan dan Kesihatan SMKBG di bawah penyelaras unit tersebut iaitu Pn Rahimas Sidi Ali bertemakan "Senyum Sihat Sepanjang Hayat Dengan Kesihatan Yang Optimum".Pelbagai aktiviti diadakan seperti kuiz kesihatan,teka berat biskut,ceramah kesihatan dan paparan info kesihatan.


Slot ceramah kesihatan untuk pelajar lelaki bertajuk "Hidup Sihat tanpa Aids" disampaikan oleh En Abdan Ishak,Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat K.Trg di Dewan Terbuka manakala slot khas untuk perempuan bertajuk "Kesihatan Reproduktif : Peranan Remaja Perempuan Muslim" disampaikan oleh Pn Roziya Mohd Sahar,Pegawai Psikologi dari jabatan yang sama bertempat di surau SMKBG.
Adalah sukar untuk menjaga kesihatan sekiranya anda tidak tahu mengenainya.Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan keluarga jika tidak faham cara musuh datang menyerang dan bagaimana tubuh anda bertindak mempertahankan diri???



Semakin maju sesebuah negara semakin ramai penduduknya menghidap penyakit kronik...sama-sama kita fikirkan.

KEJOHANAN OLAHRAGA SMKBG (KEJORA) KALI KE-19




1-2 MAC 2010- Kejora telah berlangsung selama 2 hari ini bertempat di padang SMKBG setelah 2 tahun berehat kerana pembinaan blok pentadbiran yang baru.Kejohanan kali ini dirasmikan oleh YB Adun Tepoh merangkap sebagai YDP PIBG SMKBG iaitu Tn Hj Muhammad Ramli Hj Nuh.Majlis perasmian diserikan oleh tarian naga yang dijemput khas dari SMJK (C) Chung Hwa Wei Sin.Warga SMKBG juga bertuah kerana kunjungan Timbalan PPD En Azhar Abu Bakar untuk melihat Kejora.Upacara perasmian penutup pula dilakukan oleh Pemangku Pengetua Pn Hjh Engku Mariah Syed Ahmad al-Idrus.


Rumah Laksamana dinobatkan sebagai juara keseluruhan diikuti Temenggung,Syahbandar dan Bendahara.Kategori Rumah Terbaik dimenangi Rumah Syahbandar manakala perbarisan Terbaik dimenangi rumah Laksamana.Olahragawan Sekolah disandang oleh Mohd Syukri Ismail dari rumah Laksamana manakala Wan Nur Sahiema bt Wan Salleh dinobatkan Olahragawati Sekolah 2010.Tahniah kepada pihak penganjur dan seluruh warga SMKBG kerana mewarnai Kejora 2010 terutama Setiausaha Sukan En Wan Azlan Wan Ismail dan tak lupa para petugas PBSM bersama guru petugas rawatan Pn Fauziah Maliki,Pn Manira dan guru-guru praktikum dari UDM dan UPSI.

KURSUS FOTOGRAFI DIGITAL GPM 2010




19-21 FEBRUARI 2010- Seramai 47 orang peserta terdiri daripada guru perpustakaan dan media telah menyertai Kursus Fotografi Digital anjuran Unit Media BTPN,Marang.Kursus ini memberi pendedahan tentang komponen kamera,teknik-teknik fotografi dan cara-cara menggunakan kamera Digital Single Lense Reflex (DSLR).Fasilitator terdiri daripada pegawai-pegawai Unit Media seperti Cg Mohd Azam,Tn Hj Mohamad,Tg Abdul Salam dan Mr.Ja sebagai Urus Setia.

Apa yang menarik setiap peserta diberi tugasan luar mengambil gambar di dua lokasi utama iaitu Taman Tamadun Islam (TTI) dan Pasar Besar Kedai Payang.Masing-masing cuba terapkan teori yang dipelajari dengan kamera masing-masing ha.. ha.. .Alhamdulillah foto saya terpilih antara enam foto terbaik dalam kalangan peserta (gambar Sang Belalang Yang Aksyen).Berikut antara koleksi foto saya dan rakan baik GPM STEMZA Cikgu Ahmad Nazli Muda. Rasa tak percaya je..guna Nikon D40 .GPM perempuan tu namanya Cikgu Tg Naemah pemenang foto terbaik,tahniah.



Thursday, March 11, 2010

MAJLIS MERAIKAN 3 BINTANG "JASAMU DIKENANG"





21 FEBRUARI 2010- Majlis ini telah diadakan di Permai Inn Batu Buruk Kuala Terengganu bertujuan meraikan tiga tokoh yang banyak berjasa kepada SMKBG.Majlis ini adalah anjuran bersama PIBG dan Kelab Keluarga SMKBG bagi menghargai Tn Hj Majid Jusoh (mantan YDP PIBG) yang telah berkhidmat lebih 22 tahun hampir menyamai usia SMKBG sendiri.Kekosongan beliau telah diisi oleh YB Tn Hj Muhammad Ramli Hj Nuh yang merupakan Adun Tepoh. "Pak Majid" pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu dan menjadi Tokoh Maulidur Rasul "Bapa Mithali" di peringkat kebangsaan.
Tokoh kedua merupakan Tn Hj Wan Said Wan Salleh mantan Pengetua SMKBG yang telah dinaikkan pangkat dan menjadi Pengetua SMK(A) Pahang Muazzam Syah.Turut diraikan kaunselor kanan En Zarwawi Mat Amin yang telah bertukar ke SMK Kompleks Mengabang Telipot.Tahniah dan terima kasih semua,jasa kalian hanya tuhan dapat membalasnya. Terima kasih juga kepada Pengerusi Kelab Guru En Mohd Sharif Awang dan pengerusi majlis Ustaz Samsuddin Omar.