Wednesday, May 11, 2011

LAWATAN BERMAKLUMAT KE SMK LEMBAH BIDONG








10 MEI 2011 ~ Pengurusan SMKBG bersama staf sokongan berkesempatan mengadakan kunjungan bermaklumat ke SMK Lembah Bidong,Setiu yang diketuai oleh Tuan Pengetua Pn Jamia'h binti Lasiman. Antara tujuan kunjungan bermakna ini untuk melihat pengurusan sistem fail dan dokumentasi yang terdapat di "LeBest". Rombongan " BG's " seramai 12 orang berasa bertuah dapat mengunjungi LeBest dan mendapat banyak informasi berguna.GPM sendiri berkesempatan melihat Pusat Sumber SMK Lembah Bidong. Terima kasih BG's kepada warga LeBest.









Tuesday, May 10, 2011

TAHNIAH PASUKAN BOLA TAMPAR SMKBG 2011











17 - 19 APRIL 2011 ~ Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar dan guru-guru pengurus pasukan kerana telah berjaya membimbing pasukan ke tahap yang sangat membanggakan terutama pasukan perempuan B18 yang berjaya membuka lembaran baru di mana buat pertama kalinya memasuki perlawanan akhir walaupun menjadi naib johan apabila tewas kepada johan 2010 SESMA setelah memberi saingan hebat.Kemenangan ini merupakan hadiah kepada Pengetua baru SMKBG,Pn Jamia'h Lasiman yang turut sama hadir memberi sokongan kepada pemain.Pasukan Lelaki B18 juga menjadi naib johan,tewas kepada MRSM K.Trg.Walaupun gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu,tahniah diucapkan kepada semua pemain.



Tuan Pengetua juga diberi penghormatan mewakili PPD bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang.Terima kasih kepada pihak penganjur SM Vokasional K.Trg dan SESMA menjayakan Kejohanan Bola Tampar MSSD KTU 2011 daripada GPM sebagai Pengerusi Teknik Bola Tampar KTU.

Monday, May 9, 2011

Kempen Membaca NILAM SMKBG 2011







MAC ~ Kempen NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) SMKBG 2011 sekali lagi dilancarkan dengan menyediakan hadiah-hadiah istimewa iaitu hadiah utama sebuah basikal "Mountain Bike" , Kedua Oven dan Ketiga kipas meja dan banyak hadiah saguhati yang lain.Pemenang akan mendapat hadiah dan sijil serta bakal dicalonkan mewakili sekolah.Moto NILAM sesi 2011 "Membaca Menjana Minda Intelek" .Selamat membaca dan rajin-rajinlah ke perpustakaan.