Wednesday, August 24, 2011

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN MERDEKA 2011











23 OGOS 2011~ Pelancaran Kempen Sambutan Bulan Merdeka telah berjaya dilancarkan. Acara berjalan secara sederhana kerana bulan Ramadan dan kemeriahan menanti ketibaan Syawal ini, tetap meriah. Sambutan ini dimulakan dengan ucapan pelancaran oleh Pengetua SMKBG,En Mohd Nor bin Ali,kemudian diikuti pemberian bendera Jalur Gemilang kepada setiap wakil kelas,nyanyian lagu-lagu patriotik dan bacaan doa selamat oleh Ustaz Samsuddin Omar. Tema sambutan merdeka tahun ini 1 Malaysia : Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera.























Sunday, August 14, 2011

MAJLIS BERBUKA AMAL DAN BANTUAN RAYA KEPADA PELAJAR MISKIN SMKBG





















11 OGOS 2011~Sekali lagi SMKBG berjaya mengadakan majlis berbuka puasa amal bertujuan merai dan meringankan beban anak-anak yatim yang bersekolah di sini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Muhammad Ramli Hj Nuh yang menyampaikan bantuan berupa wang poket dan barangan keperluan harian menyambut hari lebaran. Seramai 70 pelajar dirai berbuka puasa bersama guru-guru dan para jemputan.Kutipan yang diberikan adalah hasil sumbangan ikhlas daripada guru-guru SMKBG.Segala sumbangan dihulurkan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.Selepas majlis berbuka puasa,semua yang hadir bersolat jemaah dan solat tarawih.

Saturday, August 13, 2011

KEM REMAJA BULAN SABIT MERAH DAERAH KUALA TERENGGANU


















19-21 JULAI~ Kem Remaja Bulan Sabit Merah bagi sekolah-sekolah daerah Kuala Terengganu telah diadakan di Kem Seri Bari,Setiu.Program selama tiga hari ini meriah dengan aktiviti perkhemahan,latihan pertolongan cemas dan riadah.SMKBG bertuah walau pun hanya menghantar 6 peserta dan seorang guru pembimbing untuk menyertai kursus iaitu Pn Rahimas Sidi Ali. Syabas kepada PBSM SMKBG dan guru-guru pembimbing Pn Fauziah Maliki,Pn Norsila Abd Rahman,En Hasbullah Mohd Zain dan gpm sendiri hadir meraikan peserta.Peserta kita tentu seronok makan ketam-ketam yang ditangkap sendiri dan ikan yang dipancing oleh En Hasbullah dan gpm .Seronok dapat menu "fresh from the sea".

KEM SURVIVAL ISLAMIK 2011






19 JULAI~ Kem Survival Islamik telah dirancang sekian lama akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya berkat kesungguhan AJK Badan Dakwah dan Kerohanian SMKBG (BADAR).Program selama 3 hari ini memberi pendedahan kepada semua warga sekolah tentang aktiviti sunnah iaitu kemahiran memanah dan menunggang kuda (aktiviti renang tidak dapat dijalankan kerana tiada kemudahan).Program ini dirasmikan oleh YB Tepoh merangkap YDP PIBG SMKBG,Ustaz Muhammad Ramli Hj Nuh. Program ini juga merupakan program pertama bagi Tuan Pengetua SMKBG yang baharu iaitu En Mohd Nor bin Ali. Semua warga SMKBG berasa bertuah kerana mendapat bimbingan menggunakan panah dan aktiviti menunggang kuda. Tahniah buat BADAR.

Tuesday, August 9, 2011

Bengkel Membina Blog Sekolah Ahli PKG Manir

10 Ogos 2011~ Seramai 12 guru pengendali blog sekolah di bawah PKG Manir dikendalikan oleh Cikgu Mat Sabri Ismail. Semua peserta menimba pelbagai ilmu berkenaan pengendalian blog.Semoga semua blogger PKG Manir makin canggih.