Friday, February 10, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat Sekolah








9 FEB.~MERIAH!!! Begitulah acara sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini,dianggap antara sambutan terbaik pernah berlaku. Kerjasama warga pelajar,guru dan masyarakat setempat turut bersama meraikannya.Perarakan disertai pelajar daripada 33 kelas termasuk para pelajar kelas Permata Bestari. Peserta kemudiannya mendengar ceramah Maulidur Rasul di Masjid Kg Lerek.Selepas berakhir ceramah semua peserta dijamukan bubur pulut hitam.Acara berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada perarakan kelas terbaik mengikut tingkatan yang disempurnakan oleh Tn Pengetua.

SMKBG Menyertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu



5 FEB 2012~ SMKBG turut bersama warga Terengganu meraikan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri. Seramai 30 pelajar lelaki berarak dalam perarakan penuh meriah. Perarakan didahului oleh Menteri Besar Terengganu,Dato' Ahmad Said dan exco-exco kerajaan.Perarakan tahun ini lebih mendapat sambutan kerana penyertaan dari JKKK. Semua peserta kelihatan bersemangat menyampaikan salawat.Tema Maulidur Rasul tahun 1433H "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". SMKBG dapat tempat ke-4 kategori Sekolah Menengah,tahniah kepada semua yang terlibat.

Kejohanan Merentas Desa SMKBG 2012























26 Jan.~ Kejohanan Merentas Desa menjadi pembuka acara aktiviti kokurikulum pada tahun ini. Pada tahun ini perubahan trek berlaku pada laluan lelaki kerana langkah-langkah keselamatan diambil oleh pihak penganjur.Namun acara ini tetap berlangsung meriah. Selain mendapat hadiah iringan,pelajar SMKBG juga bertuah kerana ada disediakan hadiah cabutan bertuah iaitu hadiah utamanya sebuah basikal.Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Tn Pengetua dan Guru-guru Penolong Kanan. Pertunjukan seni silat juga menjadi acara selingan.Juga terima kasih kepada semua warga SMKBG yang membantu menjayakan kejohanan pada tahun ini terutama petugas rawatan dan petugas PBSM.