Monday, May 14, 2012

KEM HALUS SPM 2012 SIRI 1 DI ANGUILLIA RESORT




5-6 Mac ~Anguillia Resort sekali lagi menjadi pilihan lokasi Kem halus kepada 53 calon SPM.Penekanan kali ini untuk mata pelajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.Program ini kendalian Ketua Bidang Bahasa dan UBK berlangsung selama 2 hari dibantu beberapa fasililtator jemputan yang berpengalaman.Harapan semua agar semua calon mendapat input yang bermakna untuk mereka menghadapi SPM 2012.Terima kasih kepada semua guru Panitia Bahasa.

Sunday, May 13, 2012

Pelancaran Kempen Nilam 2012





15 April ~ Kempen Membaca Nilam 2012 berjaya dilancarkan oleh PK Pentadbiran,Pn Hjh Janah Setapa dalam suasana cukup meriah.Seramai 5 pelajar menerima hadiah saguhati kategori peminjam aktif di perpustakaan SMKBG. Menurut Penyelaras Program NILAM,Pn Muswati Embong tahun 2012 hadiah yang disediakan kepada pemenang berupa tiga hadiah utama berupa jam tangan berjenama berharga RM150 hingga RM200 dan bersama hadiah-hadiah iringan yang lain. Harapan tinggi agar tahun ini Majlis Anugerah Nilam lebih meriah nanti..kita tunggu...

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR & MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2012





24 Mac ~ Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 diadakan serentak bersama Mesyuarat Agung PIBG SMKBG pada hari Sabtu. Seramai 500 para hadirin ibu, bapa dan guru. Majlis dimulakan dengan penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar terbaik tahun lepas dan pelajar terbaik PMR dan SPM 2011.YB Adun Tepoh selaku YDP PIBG SMKBG merupakan tetamu khas turut menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2011 juga hadiah kepada pelajar terbaik PMR dan SPM 2011.di samping wakil JPNT dan OCPD Balai Polis Batu Rakit. Tahniah kepada yang berjaya ,semoga kejayaan anda menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar lain.


PERKHEMAHAN LUAR PBSM SMKBG DI PULAU REDANG


25-27 Mac ~ Unit Bulan Sabit Merah sekali lagi berpeluang mengadakan aktiviti perkhemahan luar. Aktiviti dwitahunan ini sudah dirancang lsekian lama,akhirnya menjadi kenyataan. Pengalaman menaiki pengangkutan feri begitu menguji peserta terutama ketika pulang,lautnya begitu bergelora... Peserta menyertai aktiviti "water confidence" dan "snorkeling".Hampir 90% pelajar yang tidak pandai berenang berjaya melakukan snorkeling walaupun mereka diterjunkan kira-kira 80 meter dari pantai.Pengalaman melihat keindahan dunia bawah air begitu teruja. Lawatan ke Taman Laut Redang juga mencuit hati kerana keramahan ikan-ikan yang mengurumi peserta.Pengalaman unik lain yang boleh dikongsi menaiki pengangkutan lori dan kepada mereka yang merasa mabuk laut. Malam penutup cukup istimewa dengan semua peserta dijamu BBQ ikan dan sotong segar yang berjaya dicandat oleh PK Ko En Wee Guan Ek.