Saturday, March 9, 2013

WAN SOLEHAH NAIB JOHAN PENCALONAN TOKOH NILAM DAERAH KTU 2013





Tahniah buat Wan Solehah binti Wan Ahmad dari kelas 5 Sains kerana berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pencalonan tokoh Nilam peringkat Kuala Terengganu Utara  bagi kategori Bahasa Melayu yang diadakan di PKG Tok Jiring. Wan Solehah juga merupakan Ketua Pengawas Pusat Sumber sesi 2013. SMKBG turut menghantar wakil bagi kategori Bahasa Inggeris yang diwakili Nuramiza binti Muhammad.Terima kasih kerana mengharumkan nama warga SMKBG. Foto : Wan Solehah bersama Pengetua dan Guru Penyelaras Nilam,Pn Muswati Embong bertindak sebagai guru pengiring.