Friday, July 23, 2010

SMKBG KEMBALI JOHAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD KTU SESI 2010


1 APRIL 2010 TAHNIAH... Buat semua pemain dan guru-guru pembimbing pasukan sekolah.Pasukan L18 telah berjaya menewaskan MRSM Kuala Terengganu melalui pertarungan sengit 3 set.GPM selaku Pengerusi Teknik Bola Tampar KTU berterima kasih kepada semua warga SMKBG kerana SMKBG selaku pengelola kejohanan dapat mengendalikan pertandingan dengan jayanya.Terima kasih juga kepada SM Teknik Wakaf Tembusu dan SESMA kerana sudi menyediakan gelanggang untuk kejohanan. Buat geng-geng yang banyak membantu Cg.Hasbullah,Cg.Hasran,Cg.Norazmi Embong,Cg.Azimah,Cg.Manira,guru praktikum Ustaz Aiman dan geng serta Cikgu GPK Ko Cg Wee dan GPK Pentadbiran YM Pn Hjh Engku Mariah kerana sudi menyempurnakan majlis Penutup Kejohanan.Tahniah juga untuk pasukan P18 kerana layak ke suku akhir,tahun depan buat balik.


p/s:Buat kawan-kawan semua tahun depan kena kerja keras pasal GPM dah bersara awal jadi jurulatih dan Pengerusi Teknik kerana lutut kena operate masuk bio skru dah jadi semi OKU,sori deh kawan-kawan.GPM rasa bertuah dapat berundur di zaman gemilang,syabas semua.

Friday, April 16, 2010

PASUKAN TAKRAW BAWAH 15 SMKBG TEMPAT KETIGA MSSD KTU



13 APRIL 2010- Tahniah juga buat pasukan takraw bimbingan Cikgu Mohammad Jalil Mohmad kerana berjaya menaikkan nama sekolah.Pasukan B18 dapat menyaingi pasukan adik pada tahun depan,SMKBG boleh!!!

SMKBG JUARA HOKI LELAKI BAWAH 18

13 APRIL 2010- Sekalung tahniah dan syabas kepada semua pemain pasukan hoki B18 Lelaki dan guru-guru jurulatih dan guru-guru pengiring serta penyokong setia kerana berjaya menempa kejayaan.SMKBG berjaya menewaskan SBPIBR dengan kemenangan tipis 1-0.Lepas ini Cikgu Zaidi dan Cikgu Hasran boleh badi senyum sampai ke telinga.Lelaki dah johan,pasukan P18 bila pulak? Ha... ha.
Harap tahun depan terus kekalkan kejuaraan dan pasukan P18 ustazah Norhaini,Ustazah Zaharah,Ustazah Fatimah serta Cikgu Fauziah kena bagi minum tonik!!!

Tuesday, April 13, 2010

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (KUDAP) SIRI 1 2010



10 APRIL 2010 (Sabtu) - KUDAP ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKBG.Slot pertama telah diisi oleh Ustaz Ezri Abdul Rahman dari Yayasan Islam Terengganu melalui ceramahnya yang bertajuk "Adab Kerja Dalam Pandangan Islam".Ceramahnya yang cukup bersahaja dengan contoh-contoh yang diberikan begitu bagus untuk dihayati.Antara isi ceramahnya "Manusia akan melakukan yang terbaik apabila dinilai" dan "Jangan berasa pandai tetapi biar pandai berasa".


Slot kedua pula disampaikan oleh Tuan Hj.Mohammad Embong yang merupakan Timbalan Pengarah Sektor Jaminan Kualiti JPNT.Ceramah yang bertajuk "Pendirian Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Sebagai Penjawat Awam" disampaikan ringkas tetapi cukup memberi pengetahuan kepada semua yang hadir.Semua guru tidak kering gusi mendengar "celoteh" yang begitu mencuit hati. Antara isi ceramahnya iaitu ciri-ciri pekerja yang disuka ialah datang awal,menepati janji dan bersedia membantu orang lain.Terima kasih kepada semua penceramah dan guru-guru yang hadir.

Wednesday, April 7, 2010

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT




6 APRIL 2010 - SMKBG melalui Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan program Sekolah Selamat. Program ini dianggotai oleh AJK seramai 18 orang seperti wakil pihak pengurusan sekolah,wakil PIBG,wakil JKKK,Pegawai Kesihatan,PDRM dan Bomba. Program dimulakan dengan pelantikan AJK dan sesi fotografi.Selepas itu semua AJK dibawa melawat ke seluruh kawasan sekolah dan diberi penerangan langsung oleh Cikgu Kharudin Muda. AJK kemudiannya dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi penerangan yang disampaikan oleh kaunselor sekolah En Sapie.Semua AJK berbincang bagi melaksanakan aktiviti yang sesuai dijalankan ke arah mewujudkan persekitaran yang selamat.


Wednesday, March 17, 2010

MAJLIS WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH SESI 2010






9 MAC 2010- Majlis pemberian watikah bagi pengawas SMKBG telah berjaya dilangsungkan dalam suasana sederhana tetapi cukup bermakna kepada warga SMKBG.Ketua Guru Pengawas Pn Norhalizan Isa memaklumkan seramai 50 pengawas telah menerima watikah pada majlis tersebut.Selepas selesai pemberian watikah,ikrar pengawas telah dibacakan oleh Ketua Pengawas iaitu Mohd Shahrunizam Mohd Shafie.Norsyakirah Mohammad pula dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengawas yang dilantik dan menaruh kepercayaan tinggi agar dapat menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam membantu misi sekolah meninggikan tahap kesedaran disiplin dalam kalangan pelajar.Kepada pengawas yang dilantik tahniah dan syabas! Semoga menjadi suri teladan kepada semua pelajar.



Friday, March 12, 2010

PROGRAM MINGGU KESIHATAN DAN RAWATAN 2010

07 - 11 MAC 2010 - Program anjuran Unit Kesihatan dan Kesihatan SMKBG di bawah penyelaras unit tersebut iaitu Pn Rahimas Sidi Ali bertemakan "Senyum Sihat Sepanjang Hayat Dengan Kesihatan Yang Optimum".Pelbagai aktiviti diadakan seperti kuiz kesihatan,teka berat biskut,ceramah kesihatan dan paparan info kesihatan.


Slot ceramah kesihatan untuk pelajar lelaki bertajuk "Hidup Sihat tanpa Aids" disampaikan oleh En Abdan Ishak,Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat K.Trg di Dewan Terbuka manakala slot khas untuk perempuan bertajuk "Kesihatan Reproduktif : Peranan Remaja Perempuan Muslim" disampaikan oleh Pn Roziya Mohd Sahar,Pegawai Psikologi dari jabatan yang sama bertempat di surau SMKBG.
Adalah sukar untuk menjaga kesihatan sekiranya anda tidak tahu mengenainya.Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan keluarga jika tidak faham cara musuh datang menyerang dan bagaimana tubuh anda bertindak mempertahankan diri???



Semakin maju sesebuah negara semakin ramai penduduknya menghidap penyakit kronik...sama-sama kita fikirkan.

KEJOHANAN OLAHRAGA SMKBG (KEJORA) KALI KE-19




1-2 MAC 2010- Kejora telah berlangsung selama 2 hari ini bertempat di padang SMKBG setelah 2 tahun berehat kerana pembinaan blok pentadbiran yang baru.Kejohanan kali ini dirasmikan oleh YB Adun Tepoh merangkap sebagai YDP PIBG SMKBG iaitu Tn Hj Muhammad Ramli Hj Nuh.Majlis perasmian diserikan oleh tarian naga yang dijemput khas dari SMJK (C) Chung Hwa Wei Sin.Warga SMKBG juga bertuah kerana kunjungan Timbalan PPD En Azhar Abu Bakar untuk melihat Kejora.Upacara perasmian penutup pula dilakukan oleh Pemangku Pengetua Pn Hjh Engku Mariah Syed Ahmad al-Idrus.


Rumah Laksamana dinobatkan sebagai juara keseluruhan diikuti Temenggung,Syahbandar dan Bendahara.Kategori Rumah Terbaik dimenangi Rumah Syahbandar manakala perbarisan Terbaik dimenangi rumah Laksamana.Olahragawan Sekolah disandang oleh Mohd Syukri Ismail dari rumah Laksamana manakala Wan Nur Sahiema bt Wan Salleh dinobatkan Olahragawati Sekolah 2010.Tahniah kepada pihak penganjur dan seluruh warga SMKBG kerana mewarnai Kejora 2010 terutama Setiausaha Sukan En Wan Azlan Wan Ismail dan tak lupa para petugas PBSM bersama guru petugas rawatan Pn Fauziah Maliki,Pn Manira dan guru-guru praktikum dari UDM dan UPSI.