Wednesday, October 31, 2012

SAMBUTAN HARI GURU SMKBG 2012






16 MEI 2012 ~ Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertemakan "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara" disambut meriah oleh seluruh warga SMKBG.Atur cara pada pagi itu dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru diiringi bunga manggar dan paluan kompang ke Dewan Terbuka SMKBG. Seterusnya solat hajat berjemaah dan bacaaan Yasin secara beramai-ramai. Seterusnya acara sukaneka untuk para guru yang dikendalikan oleh pimpinan pelajar antara acaranya seperti membaling selipar dan lontaran bola jaring.Acara kemuncak diadakan di Dewan Terbuka SMKBG di mana tontonan ucapan selamat Hari Guru secara langsung melalui kaca TV oleh  Menteri Pelajaran Malaysia.Turut diadakan tayangan media ucapan hari guru daripada para pelajar,acara membelah kek hari guru dan gimik hari guru kepada Tuan pengetua juga memeriahkan sambutan hari Guru pada tahun ini. Terima kasih buat semua guru SMKBG "Jasamu Senantiasa Dalam Ingatan"...

Monday, May 14, 2012

KEM HALUS SPM 2012 SIRI 1 DI ANGUILLIA RESORT




5-6 Mac ~Anguillia Resort sekali lagi menjadi pilihan lokasi Kem halus kepada 53 calon SPM.Penekanan kali ini untuk mata pelajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.Program ini kendalian Ketua Bidang Bahasa dan UBK berlangsung selama 2 hari dibantu beberapa fasililtator jemputan yang berpengalaman.Harapan semua agar semua calon mendapat input yang bermakna untuk mereka menghadapi SPM 2012.Terima kasih kepada semua guru Panitia Bahasa.

Sunday, May 13, 2012

Pelancaran Kempen Nilam 2012





15 April ~ Kempen Membaca Nilam 2012 berjaya dilancarkan oleh PK Pentadbiran,Pn Hjh Janah Setapa dalam suasana cukup meriah.Seramai 5 pelajar menerima hadiah saguhati kategori peminjam aktif di perpustakaan SMKBG. Menurut Penyelaras Program NILAM,Pn Muswati Embong tahun 2012 hadiah yang disediakan kepada pemenang berupa tiga hadiah utama berupa jam tangan berjenama berharga RM150 hingga RM200 dan bersama hadiah-hadiah iringan yang lain. Harapan tinggi agar tahun ini Majlis Anugerah Nilam lebih meriah nanti..kita tunggu...

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR & MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2012





24 Mac ~ Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 diadakan serentak bersama Mesyuarat Agung PIBG SMKBG pada hari Sabtu. Seramai 500 para hadirin ibu, bapa dan guru. Majlis dimulakan dengan penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar terbaik tahun lepas dan pelajar terbaik PMR dan SPM 2011.YB Adun Tepoh selaku YDP PIBG SMKBG merupakan tetamu khas turut menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2011 juga hadiah kepada pelajar terbaik PMR dan SPM 2011.di samping wakil JPNT dan OCPD Balai Polis Batu Rakit. Tahniah kepada yang berjaya ,semoga kejayaan anda menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar lain.


PERKHEMAHAN LUAR PBSM SMKBG DI PULAU REDANG


25-27 Mac ~ Unit Bulan Sabit Merah sekali lagi berpeluang mengadakan aktiviti perkhemahan luar. Aktiviti dwitahunan ini sudah dirancang lsekian lama,akhirnya menjadi kenyataan. Pengalaman menaiki pengangkutan feri begitu menguji peserta terutama ketika pulang,lautnya begitu bergelora... Peserta menyertai aktiviti "water confidence" dan "snorkeling".Hampir 90% pelajar yang tidak pandai berenang berjaya melakukan snorkeling walaupun mereka diterjunkan kira-kira 80 meter dari pantai.Pengalaman melihat keindahan dunia bawah air begitu teruja. Lawatan ke Taman Laut Redang juga mencuit hati kerana keramahan ikan-ikan yang mengurumi peserta.Pengalaman unik lain yang boleh dikongsi menaiki pengangkutan lori dan kepada mereka yang merasa mabuk laut. Malam penutup cukup istimewa dengan semua peserta dijamu BBQ ikan dan sotong segar yang berjaya dicandat oleh PK Ko En Wee Guan Ek.

Sunday, April 15, 2012

PBSM SMKBG BERTUGAS DI KEJOHANAN PADANG & BALAPAN MSSD KTU











19-22 Mac ~ Selama empat hari Unit Bulan Sabit Merah SMKBG seramai 20 ahli dan bersama 9 orang guru penasihat bertugas secara bergilir-gilir sesi pagi bermula seawal 7.30 pagi - 12.oo tengahari dan sesi petang bermula 2.30 hingga 6.30 petang. Hal ini merupakan pengalaman pertama unit PBSM SMKBG bertugas di kejohanan peringkat daerah yang sebelum ini bertugas peringkat dalaman iaitu ketika kejohanan merentas desa dan sukan sekolah. Pengalaman baru ini sangat bermakna kerana pelajar dapat mempraktikkan ilmu pertolongan cemas yang telah dipelajari. Terima kasih atas komitmen para guru dan pelajar. Tahun depan kena bersedia lagilah nampak gayanya...



Friday, February 10, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat Sekolah








9 FEB.~MERIAH!!! Begitulah acara sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini,dianggap antara sambutan terbaik pernah berlaku. Kerjasama warga pelajar,guru dan masyarakat setempat turut bersama meraikannya.Perarakan disertai pelajar daripada 33 kelas termasuk para pelajar kelas Permata Bestari. Peserta kemudiannya mendengar ceramah Maulidur Rasul di Masjid Kg Lerek.Selepas berakhir ceramah semua peserta dijamukan bubur pulut hitam.Acara berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada perarakan kelas terbaik mengikut tingkatan yang disempurnakan oleh Tn Pengetua.