Wednesday, November 16, 2011

Jamuan Akhir Tahun Pusat Sumber SMKBG

















10 NOV 2011~Tahniah kepada AJK PSS SMKBG kerana berjaya juga mengadakan jamuan akhir tahun walau menghadapi kekekangan masa yang sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah. Ketua Unit Perpustakaan,Pn Norhasmah Muda berjaya menguruskan agenda jamuan dengan kerjasama Ajk Perpustakaan dan unit-unit PSS yang lain dalam suasana yang ceria.Antara menu disediakan nasi minyak Azami,pasta & spagheti,rojak buah,nasi impit dan sate.Terima kasih juga kepada Ajk yang membawa menu istimewa masing-masing.


Sesi 2011,jamuan diadakan peringkat dalaman sahaja,berbanding dua sesi yang lepas diadakan secara yang diadakan secara lebih formal di luar.Tuan Pengetua dan pihak pengurusan juga sempat menikmati hidangan yang disediakan.Beberapa pengawas PSS yang cemerlang juga dirai dengan hadiah saguhati. Harapan tahun 2012,acara ini diadakan di tempat lebih istimewa.AJK PSS pandai-pandailah cari penaja..

Wednesday, November 9, 2011

Majlis Qurban dan Aqiqah Perdana






9 November 2011~Warga SMKBG berpeluang menyaksikan majlis Qurban dan Aqiqah Perdana yang diadakan.Warga SMKBG sungguh bertuah kerana dua ekor lembu disembelih untuk tujuan aqiqah dan dijamu kepada seluruh warga sekolah.Lembu-lembu ini adalah sumbangan daripada YDP PIBG SMKBG,YB Tn Hj Muhammad Ramli Hj Nuh dan oleh guru-guru SMKBG. Sembelihan telah disempurnakan oleh KB Votek,En Zolkarnain Mohammed. Gerak kerja secara kolektif antara guru dan penduduk kampung memberi kelebihan di mana warga SMKBG dapat menikmati jamuan aqiqah seawal pukul 11 pagi.Semoga tahun depan program sebegini dapat diteruskan.

Hari Anugerah Nilam dan Pelancaran Kempen Membaca 1 Malaysia










30 Oktober 2011~Hari Anugerah Nilam 2011 peringkat sekolah diadakan serentak dengan pelancaran Kempen Membaca 1 Malaysia.Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua En.Mohd Nor Ali.Pemenang hadiah utama Nilam telah dimenangi oleh adik Nur Akmal bt Zainuddin dari Tingkatan 1 Firdaus.Anak didik Ustazah Fatimah Muda ini berjaya memenangi sebuah basikal dengan jumlah buku yang dibaca dan direkod sepanjang tahun sebanyak 320 buah.Pemenang kedua dengan tahap pencapaian Emas dimenangi oleh adik Nurul Anati bt Samsuddin dengan jumlah bacaan 200 buah berjaya memenangi hadiah pembakar ketuhar.Pemenang ketiga adik Nurul Saidatul Najwa bt Rozaki mencapai tahap Perak manakala tempat keempat adik Siti Mardhiyah bt Zakaria mencapai tahap gangsa.Tahniah kepada semua!


Kempen Membaca 1 Malaysia pula dimulakan dengan penyampaian ulasan buku oleh Fatimah Thoyibbah Ilias.Tuan Pengetua juga berkesempatan menyampaikan hadiah-hadiah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang aktif meminjam buku di perpustakaan sekolah.

Tuesday, October 25, 2011

MAJLIS GRADUASI SMKBG KALI PERTAMA 2011

















20 OKTOBER 2011 (Khamis) ~ SMKBG sekali lagi membuka lembaran bersejarah apabila dapat melangsungkan majlis graduasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 buat julung-julung kalinya setelah 25 tahun usia SMKBG . Majlis berlangsung dengan lancar dan penuh istiadat walaupun merupakan majlis graduasi yang pertama. Kelihatan para graduan SMKBG begitu ceria dan teruja,begitu pun warga guru SMKBG.


Majlis graduasi ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Matsor Ismail,Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu seterusnya menyampaikan sijil graduasi kepada para pelajar.Selepas majlis berakhir Tuan PPD dan Pengetua SMKBG, En Mohd Nor Ali juga berkesempatan menanam pokok Palma Nobilis Bismarck sebagai tanda kenangan sempena Majlis Graduasi SMKBG Kali Pertama.


Pelajar juga berkesempatan merakam gambar kenang-kenangan sempena graduasi yang bertemakan "Bersama Menggapai Bibit-bibit Kecemerlangan". Jurugambar pada majlis ini iaitu Cikgu Rahimi dan gpm sendiri. Syabas SMKBG dan tahniah buat para pelajar.

Saturday, September 10, 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SMKBG 2011












07 SEPTEMBER 2011~ Majlis Sambutan Hari Raya bagi warga SMKBG berjalan dalam suasana meriah dan harmoni.Sambutan tahun ini agak istimewa di mana YDP PIBG merangkap ADUN Tepoh, YB Ustaz Hj Muhammmad Ramli Nuh turut sudi hadir merayakannya bersama warga SMKBG.Majlis sambutan meriah dengan hidangan dan juadah yang disediakan oleh guru-guru dan para pelajar.Iringan dendangan lagu raya beserta ucapan khas raya juga dibuka kepada semua warga SMKBG.Para guru juga berkesempatan bergambar bersama pengurusan sekolah.Semoga di tahun hadapan lembayung Ramadan dan Syawal dapat kita lewati dengan lebih meriah.

Sunday, September 4, 2011

Majlis Khatam Qur'an 1432H












25 OGOS 2011~Alhamdulilah Majlis Khatam Qur'an dapat disempurnakan menjelang cuti sambutan Aidil Fitri dan pertengahan penggal ke-2.Majlis yang bermula pukul 11 pagi dipengerusikan oleh Ustaz Samsuddin Omar.Bacaan surah-surah khatam diketuai oleh Ustaz Azami Jusoh.Para peserta Tadarus al- Qur'an dan guru-guru yang bertugas menyampaikan tazkirah pagi sepanjang bulan Ramadan juga mendapat sumbangan penghargaan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua,En Mohd Nor bin Ali.Pengetua juga sempat menyampaikan pesanan Hari Raya kepada semua guru dan pelajar. Acara berakhir dengan para guru dan pelajar bersalam-salaman bermohon maaf zahir batin.Pengetua juga bertuah kerana mendapat kad raya istimewa daripada pelajar-pelajar Permata Bestari.

Wednesday, August 24, 2011

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN MERDEKA 2011











23 OGOS 2011~ Pelancaran Kempen Sambutan Bulan Merdeka telah berjaya dilancarkan. Acara berjalan secara sederhana kerana bulan Ramadan dan kemeriahan menanti ketibaan Syawal ini, tetap meriah. Sambutan ini dimulakan dengan ucapan pelancaran oleh Pengetua SMKBG,En Mohd Nor bin Ali,kemudian diikuti pemberian bendera Jalur Gemilang kepada setiap wakil kelas,nyanyian lagu-lagu patriotik dan bacaan doa selamat oleh Ustaz Samsuddin Omar. Tema sambutan merdeka tahun ini 1 Malaysia : Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera.























Sunday, August 14, 2011

MAJLIS BERBUKA AMAL DAN BANTUAN RAYA KEPADA PELAJAR MISKIN SMKBG





















11 OGOS 2011~Sekali lagi SMKBG berjaya mengadakan majlis berbuka puasa amal bertujuan merai dan meringankan beban anak-anak yatim yang bersekolah di sini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Muhammad Ramli Hj Nuh yang menyampaikan bantuan berupa wang poket dan barangan keperluan harian menyambut hari lebaran. Seramai 70 pelajar dirai berbuka puasa bersama guru-guru dan para jemputan.Kutipan yang diberikan adalah hasil sumbangan ikhlas daripada guru-guru SMKBG.Segala sumbangan dihulurkan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.Selepas majlis berbuka puasa,semua yang hadir bersolat jemaah dan solat tarawih.