Monday, June 17, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS KELAS PERMATA BESTARI SMK SRI SELAYANG KE SMKBG



17 JUN ~ SMKBG bertuah kerana mendapat kunjungan muhibbah para pelajar dan guru aliran pendidikan khas dari SMK Sri Selayang, Selangor. Rombongan yang disertai seramai 7 orang guru, 3 orang pembantu pengurusan murid dan 34 pelajar. Antara lokasi tumpuan lawatan ialah  Kedai Dobi dan Pusat Bakeri dan Masakan Permata Bestari sebagai penanda aras bagi mata pelajaran MPV kejaya.. Rombongan juga disajikan makan tengah hari berupa nasi minyak dan kuih-muih hasil tangan guru-guru Permata Bestari SMKBG.



Monday, May 20, 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013 PERINGKAT SEKOLAH


16 MEI 2013 ~ Sambutan Hari Guru dengan tema  " 1 ASPIRASI  1 AGENDA " disambut meriah oleh semua warga SMKBG.Acara bermula pada awal pagi dengan pertunjukan pencak silat oleh anak buah cikgu Mohd Sharif Awang, diikuti oleh
perarakan masuk para guru ke Dewan Terbuka diiringi oleh pengawas-pengawas sekolah. Setelah ucapan Selamat hari Guru dibacakan, warga SMKBG dihiburkan dengan persembahan daripada pelajar seperti deklamasi sajak, dikir barat versi Arab,nyanyaian ,lakunan dan diakhiringan dengan persembahan tayangan video ucapan hari guru daripada Alumni SMKBG.

       Seterusnya acara sukaneka untuk para guru yang dikendalikan oleh Cikgu Ahmad Kamal seperti basikal lambat, boling kelapa, musang berjanggut dan mengail botol. Syabas kepada semua yang menjayakan sambutan kali ini,terutama kepada Pengerusi Kelab Guru dan Staf, Cikgu Zahari Awang. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga guru SMKBG.

Monday, April 1, 2013

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA SMKBG 2013

1 APRIL 2013~ Pelancaran Program Nilam peringkat SMKBG berjalan dengan lancar dan telah disempurnakan oleh  Pengetua,Tn Hj Mohd Nor bin Ali.Dua pemenang hadiah utama iaitu Nor Akmal Zainuddin dan Norsyahidah Yahaya berupa seutas jam tangan setiap seorang.Tahniah kepada para pemenang yang berjaya menyahut cabaran Nilam.Sudah pasti tahun 2013 hadiah yang disediakan untuk para pemenang lebih hebat.












TAHNIAH KEPADA PELAJAR TERBAIK SPM SMKBG 2012


Warga SMKBG mengucapkan tahniah kepada Nur Syamimi  Abd. Rasid dan Salmi Abdullah dari kelas 5 Sains kerana berjaya menjadi pelajar terbaik SPM 2012. Kedua-duanya berjaya mendapat 9A 1B.Tahniah diucapkan dan kami sentiasa mendoakan kejayaan anda.Semoga terus cemerlang dalam melanjutkan pelajaran. Syabas!





Saturday, March 9, 2013

WAN SOLEHAH NAIB JOHAN PENCALONAN TOKOH NILAM DAERAH KTU 2013





Tahniah buat Wan Solehah binti Wan Ahmad dari kelas 5 Sains kerana berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pencalonan tokoh Nilam peringkat Kuala Terengganu Utara  bagi kategori Bahasa Melayu yang diadakan di PKG Tok Jiring. Wan Solehah juga merupakan Ketua Pengawas Pusat Sumber sesi 2013. SMKBG turut menghantar wakil bagi kategori Bahasa Inggeris yang diwakili Nuramiza binti Muhammad.Terima kasih kerana mengharumkan nama warga SMKBG. Foto : Wan Solehah bersama Pengetua dan Guru Penyelaras Nilam,Pn Muswati Embong bertindak sebagai guru pengiring.