Friday, April 16, 2010

PASUKAN TAKRAW BAWAH 15 SMKBG TEMPAT KETIGA MSSD KTU



13 APRIL 2010- Tahniah juga buat pasukan takraw bimbingan Cikgu Mohammad Jalil Mohmad kerana berjaya menaikkan nama sekolah.Pasukan B18 dapat menyaingi pasukan adik pada tahun depan,SMKBG boleh!!!

SMKBG JUARA HOKI LELAKI BAWAH 18

13 APRIL 2010- Sekalung tahniah dan syabas kepada semua pemain pasukan hoki B18 Lelaki dan guru-guru jurulatih dan guru-guru pengiring serta penyokong setia kerana berjaya menempa kejayaan.SMKBG berjaya menewaskan SBPIBR dengan kemenangan tipis 1-0.Lepas ini Cikgu Zaidi dan Cikgu Hasran boleh badi senyum sampai ke telinga.Lelaki dah johan,pasukan P18 bila pulak? Ha... ha.
Harap tahun depan terus kekalkan kejuaraan dan pasukan P18 ustazah Norhaini,Ustazah Zaharah,Ustazah Fatimah serta Cikgu Fauziah kena bagi minum tonik!!!

Tuesday, April 13, 2010

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (KUDAP) SIRI 1 2010



10 APRIL 2010 (Sabtu) - KUDAP ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKBG.Slot pertama telah diisi oleh Ustaz Ezri Abdul Rahman dari Yayasan Islam Terengganu melalui ceramahnya yang bertajuk "Adab Kerja Dalam Pandangan Islam".Ceramahnya yang cukup bersahaja dengan contoh-contoh yang diberikan begitu bagus untuk dihayati.Antara isi ceramahnya "Manusia akan melakukan yang terbaik apabila dinilai" dan "Jangan berasa pandai tetapi biar pandai berasa".


Slot kedua pula disampaikan oleh Tuan Hj.Mohammad Embong yang merupakan Timbalan Pengarah Sektor Jaminan Kualiti JPNT.Ceramah yang bertajuk "Pendirian Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Sebagai Penjawat Awam" disampaikan ringkas tetapi cukup memberi pengetahuan kepada semua yang hadir.Semua guru tidak kering gusi mendengar "celoteh" yang begitu mencuit hati. Antara isi ceramahnya iaitu ciri-ciri pekerja yang disuka ialah datang awal,menepati janji dan bersedia membantu orang lain.Terima kasih kepada semua penceramah dan guru-guru yang hadir.

Wednesday, April 7, 2010

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT




6 APRIL 2010 - SMKBG melalui Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan program Sekolah Selamat. Program ini dianggotai oleh AJK seramai 18 orang seperti wakil pihak pengurusan sekolah,wakil PIBG,wakil JKKK,Pegawai Kesihatan,PDRM dan Bomba. Program dimulakan dengan pelantikan AJK dan sesi fotografi.Selepas itu semua AJK dibawa melawat ke seluruh kawasan sekolah dan diberi penerangan langsung oleh Cikgu Kharudin Muda. AJK kemudiannya dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi penerangan yang disampaikan oleh kaunselor sekolah En Sapie.Semua AJK berbincang bagi melaksanakan aktiviti yang sesuai dijalankan ke arah mewujudkan persekitaran yang selamat.