Thursday, March 11, 2010

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA SMKBG




20 Januari 2010- Seluruh warga SMKBG berasa berdukacita dengan pertukaran Tuan Pengetua Hj Wan Said bin Wan Salleh atas pertukaran beliau ke SMK (A) Pahang Muazzam Syah kerana kenaikan pangkat ke DG 52. Tuan Pengetua diraikan dalam satu majlis perpisahan oleh semua warga sekolah. Beliau telah banyak melakukan pembaharuan ketika tempoh perkhidmatan walaupun selama 1 tahun 7 bulan sahaja antaranya menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar,mengusahakan Lagu Sekolah dan membuka Tapak Perkhemahan Kokurikulum yang berjaya digazetkan sebagai Pusat Kokurikulum Daerah Kuala Terengganu Utara. Pengetua diraikan dengan ucapan perpisahan daripada rakan-rakan guru,wakil pelajar dan dideklamasikan sajak khas yang dicipta oleh guru PSS sempenakan pemergian beliau oleh pengawas PSS SMKBG iaitu adik Nurzatul Izati Hashim dan Ramlah Abu Bakar. Keberangkatan Tuan Pengetua diiringi ucapan al-fatihah dan selawat nabi oleh semua warga SMKBG. Semoga selamat berkhidmat dengan lebih cemerlang di tempat baru, "Terima Kasih Ustaz Jasamu Tetap Dikenang".

p/s : GPM merupakan salah seorang bekas anak didik ustaz ketika di SMK Manir pada tahun 1987-1988.

No comments:

Post a Comment