Saturday, August 13, 2011

KEM SURVIVAL ISLAMIK 2011






19 JULAI~ Kem Survival Islamik telah dirancang sekian lama akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya berkat kesungguhan AJK Badan Dakwah dan Kerohanian SMKBG (BADAR).Program selama 3 hari ini memberi pendedahan kepada semua warga sekolah tentang aktiviti sunnah iaitu kemahiran memanah dan menunggang kuda (aktiviti renang tidak dapat dijalankan kerana tiada kemudahan).Program ini dirasmikan oleh YB Tepoh merangkap YDP PIBG SMKBG,Ustaz Muhammad Ramli Hj Nuh. Program ini juga merupakan program pertama bagi Tuan Pengetua SMKBG yang baharu iaitu En Mohd Nor bin Ali. Semua warga SMKBG berasa bertuah kerana mendapat bimbingan menggunakan panah dan aktiviti menunggang kuda. Tahniah buat BADAR.

No comments:

Post a Comment